Rabu, 14 November 2007

profil Hassan Al-Banna

Hassan Al-Banna merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun. Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.

Ayahnya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna, merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universitas Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang tulisan di dalam kitab-kitab hadits dan fiqh perundangan Islam dan juga memiliki kedai memperbaiki jam dan menjual gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama, seperti tafsir al-Qur'an dan hadits kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.

Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki sedikit harta, mereka bukannya orang yang kaya sebagaimana yang lain, mereka mendapati bahwa pendidikan Islam dan kealiman seseorang tidak lagi dihargai di ibu negara itu, dan hasil kerja tangan mereka tidak mampu menyaingi industri besar-besaran (Mitchell 1969, 1; Lia 1998, 22-24).

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah perkumpulan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli sufi pada tahun 1922 (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui perkumpulan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam organisasi Ikhwan Muslimin.

Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna ikut mengambil peranan semasa revolusi di Mesir pada tahun 1919 menentang pemerintahan Inggris. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27). Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktivitas yang lebih luas bila dibandingkan di kampung, dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan kebaratan yang dilihatnya di sana, terutamanya peningkatan arus sekuler seperti partai-partai politik, perkumpulan sastrawan dan perkumpulan-perkumpulan sosial sekuler terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral tradisional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)

Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universitas al-Azhar untuk menyuarakan keprihatinan mereka dengan peningkatan atheisme dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969: 5). Beliau kemudian menjadi anggota organisasi Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui organisasi ini, Hasan al-Banna dan rekan-rekannya menjalankan dakwah ke seluruh pelosok negeri, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai. Pada tahap inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Rhido, Farid Wajdi dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, dia menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat mengajar mereka "agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Dia mendapat ijazah guru pada tahun 1927 dan diberikan pekerjaan sebagai guru bahasa Arabdi sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, yang terletak di Zon Terusan Suez (Mitchell 1969: 6). Hassan al-Banna dikemudian hari menjadi deklarator gerakan Ikhwanul Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Maret 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.